Saturday, July 4, 2009

LIM GUAN ENG-hero dan penyelesai masalah rakyat

Kampung Buah Pala: Guan Eng tulis surat minta bantuan Najib

PULAU PINANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala di sini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.
"Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lim berkata walaupun kerajaan negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan telah diluluskan untuk tujuan pembangunan.
Lim bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mengambil alih tanah itu.

Beliau berharap kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa berpindah setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu, bagaimanapun penduduk berkenaan enggan berpindah dan meminta kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah mereka itu.

BERNAMA

INILAH sikap manusia yang sentiasa nampak keburukan pihak lain yang tidak sebulu dengan mereka.kebaikan dan pengorbanan pihak lain mereka berpura-pura tidak nampak,sebaliknya kerja mereka hanya mengutuk dan mengkritik tanpa ragu-ragu. Nah,sekarang pihak yang dikutuk dan difitnah juga yang mereka mohon bantuan untuk selesai masalah.padahal sebelum berkuasa berbagai janji ditabur,dah dapat kuasa tak boleh juga selesaikan masalah....
dan apabila masalah diselesaikan mereka ini akan mengaku mereka hero...seperti biasa mereka laungkan.

'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'

No comments: