Saturday, November 1, 2008

what matters-same crisis new storyline.


  • 1. hari ini hampir genap 8 bulan setelah Pilihanraya Umum 12 berlalu.Namun nampaknya orang Malaysia lebih gemar berpolitik,mungkin ianya satu cara perlarian aka 'escapade' dari realiti hidup hari ini.orang di luar sibuk dengan krisis ekonomi dan cara menghadapi tsunami baru ini yang puncanya sudah bertahun-tahun berakar namun baru berbuah.Kita nampaknya tenang sahaja,mungkin kesannya belum tiba tetapi bentengnya juga kita belum sedia.


  • 2.paling tidak pun baru-baru ini kerajaan menyediakan benteng pasir berupa suntikan modal 5billion dalam Value Cap untuk menstabilkan sedikit pasaran saham tempatan.di pihak pembangkang,menyimpulkan ini adalah langkah menyelamatkan kroni.pelik juga kerana orang yang sama mengeluarkan kenyataan ini adalah merupakan kesayangan uncle sam.uncle sam juga baru baru ini mengambil langkah menyelamatkan beberapa institusi kewangan di negara mereka.adakah ini dinamakan penyelamatan kroni?


  • 3.kalau kita berfikiran jauh,langkah ini bukanlah penyelamatan kroni.ianya tidak lain adalah langkah akhir menyelamatkan ramai kakitangan dari hilang pekerjaan dan banyak perniaagaan sampingan yang mencari makan dan berkait dengan institusi ini dari gulung tikar.sememangnya kita tidak boleh memuaskan setiap hati insan.


  • 4. mengikut teori ekonomi,krisis ekonomi ini akan berlaku tiap 10 tahun sekali.paling awal 7 tahun kita sudah pasti dapat mengesannya.paling lama pun 12 tahun.kalau mengikut cerita nabi yusuf a.s pula setiap 7 tahun kita mesti membuat persediaan.namun ramai yang tidak menyedari ataupun terlupa.


  • 5. bagi yang telah melalui susah payah krisis matawang 97-98 dan sekali lagi sedang melalui krisis baru ini sememangnya mereka ini adalah golong yang mudah lupa.kemungkinan besar tidak mengetahui pengurusan kewangan yang tepat.mungkin motto hidup mereka 'spend all u have'.


  • 6. segelintir perniagaan hanya terjejas sedikit ekoran keperluan berterusan dari orang ramai seperti perniagaan kesihatan,makanan,petroleum,tenaga serta insurans.perniagaan yang tidak bergantung kepada kerajaan juga mampu bertahan dalam masa yang menguji ini.


  • 7.akhir sekali,yang sememangnya akan bertahan adalah perdagangan matawang yang meraih untung di atas pergerakan point dengan kata lain pips.samada sesuatu matawang itu naik atau turun,pedagang akan meraih untung diatas kepakaran mereka meramal pergerakan naik turun pips tersebut serta keupayaan mengawal nafsu tamak.dan ini memerlukan artikel lain untuk menjelaskan keunikan perdagangan matawang ini.

2 comments:

maxonmuuak said...

kita jenis tunggu & lihat

Anonymous said...

Salam..
rakyat malaysia, org melayu memang ramai dok kecek politik, berahi benar ko politik.. molek dah suka politik tapi hak tak moleknya hal2 lain yg penting ketinggalan, ada kalanya sengaja tidak diberi perhatian...
Akademik, agama, aklak, ekonomi, budaya dan macam2 lagi..
malam tadi tgk TV1.. presiden pemikir belia (kononnya) tapi berkecek tak dok poin, takdak gapo2.. tak tahulah gapo dia pikir... lebih kurang bos dia.. ali ketam.. opp sory, ali rustam..